Bajet 2023 cerminan inspirasi kesejahteraan rakyat Keluarga Malaysia – Fuad Tukirin

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pelbagai bantuan secara langsung tidak langsung kepada rakyat pelbagai lapisan dalam Bajet 2023 adalah cerminan inspirasi kerajaan keluarga Malaysia meneruskan konsep pentadbiran mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Bukit Naning, Datuk Haji Mohd Fuad bin Tukirin, peningkatan bantuan persekolahan daripada RM100 kepada RM150 untuk setiap murid tanpa mengira latar belakang keluarga membolehkan semua murid membuat persediaan yang lebih baik semasa memasuki sesi persekolahan baharu.

“Peningkatan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari RM2.50 kepada RM3.50 bagi pelajar di Semenanjung dan RM3.50 kepada RM.4.50 kepada pelajar di Sabah dan Sarawak menunjukkan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi makanan yang berkualiti kepada pelajar miskini.”

“Cuma saya berharap tidak berlaku ketirisan dan program ini sehingga boleh menjejaskan hasrat sebenar kerajaan membantu pelajar miskin.”

Adun Bukit Naning itu juga menyifatkan langkah kerajaan menambah baik bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai sesuatu yang tepat pada masanya dalam berhadapan ketidaktentuan ekonomi dunia pada tahun hadapan.

“Bajet 2023 mencadangkan kenaikan had pendapatan bulanan isi rumah miskin tegar yang layak menerima bantuan Jabatan Kabajikan Masyarakat dari RM900 kepada RM1.169. Saya difahamkan ia akan memberi manfaat kepada 450 ribu isi rumah. Ini sesuatu yang sangat dialu-alukan.”

“Penambahbaikan BKM pula yang mengadakan peringkat mengikut bilangan anak sangat menyeluruh. Tahap pertama isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak 2,500 ringgit setahun. Ini diikuti isi rumah beberapa kategori lain menerima antara RM1000 – RM2000 setahun.”

Fuad turut mengalu-alukan cadangan Bajet 2023 menaikkan kadar bantuan kepada anak-anak dalam jagaan ibu atau bapa tunggal.

“Kenaikan kepada RM500 untuk seorang anak dengan maksimum sehingga 3,000 ringgit setahun menunjukkan kerajaan responsif kepada keadaan semasa dan cuba memberi bantuan yang berkesan, bukannya sekadar melepas batuk di tangga.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat