PM Lancar ‘MyTID KPM-KBS’ Kenalpasti Bakat Pelajar Dalam Sukan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menyedari kepentingan melahirkan juara di temasya sukan antarabangsa, kerajaan melancarkan ‘Program Talent Identification and Developmen’t iaitu Program MyTID KPM-KBS melalui kerjasama di antara KBS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada ucaptama pelancaran Hari Sukan Negara 2021 hari ini berkata, program ini dijangka dapat membantu penyertaan bakat-bakat baharu seawal usia 7 tahun dan mengurangkan risiko keciciran bakat.

“Program ini dianggarkan melibatkan seramai 500 orang guru tenaga penguji terlatih (Talent Eagle) serta 60,000 orang murid dari sekolah rendah (Tahun 1-6) yang melibatkan semua Pejabat Pendidikan Daerah mengikut zon,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga sedang menggubal sebuah Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.

Menurutnya, pelan yang bersifat komprehensif dan kompetitif ini bertujuan menjadikan sukan sebagai sumber baharu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, seiring perkembangan di peringkat global.

“Pelan ini amat wajar dibentuk setelah mengambil kira analisis berasaskan data ekonomi dunia yang menunjukkan nilai pasaran global sukan mencecah hampir 388.3 bilion dollar Amerika pada tahun 2020 dan dijangka terus positif berkembang dan mencecah 599.0 bilion dollar Amerika pada tahun 2025.

“Data yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2020 pula menunjukkan seramai 32.7 juta rakyat Malaysia telah membelanjakan 430 juta ringgit bagi tujuan sukan dan riadah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat