Kerajaan Peruntuk RM 10 Juta untuk Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak 10 juta ringgit untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan yang dilancarkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan tersebut mengandungi lima teras, lapan objektif, sembilan belas strategi dan empat puluh lima inisiatif ke arah memperkasa penglibatan dan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan.

“Susulan itu, Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan ditubuhkan bagi merancang dan memantau pelaksanaan pelan tindakan ini.

“Jawatankuasa ini dianggotai 15 pakar rujuk terdiri daripada wakil kementerian, badan sukan, bekas atlet dan individu berpengalaman,” katanya pada ucaptama pelancaran Hari Sukan Negara 2021 hari ini.

Menurutnya, jawatankuasa ini dianggotai oleh 15 orang pakar rujuk terdiri daripada wakil kementerian, badan sukan, bekas atlet dan individu berpengalaman.

“Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan disasarkan mampu meningkatkan penglibatan keseluruhan wanita dalam aktiviti sukan, kepimpinan dalam badan sukan dan penyertaan dalam kejurulatihan dan kepegawaian sukan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat