Kereta Mewah Shuib Kena Sita?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tular beberapa keping foto kenderaan mewah dipercayai milik pelawak dan penyampai radio, Shuib disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Biarpun tiada perincian lanjut, namun ramai berspekulasi menerusi Twitter mendakwa kenderaan berkenaan yang disita dipercayai berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Kenderaan mewah yang dikatakan milik Shuib dilaporkan disita SPRM.
Shuib menerusi Instastory memuat naik status berbunyi: “Sabar wahai hati. Allah SWT sentiasa ada.”

Sementara itu, isteri Shuib, Siti Sarah Raissuddin memuat naik status di Instastory: “Allah tak pernah tidur.”

Khamis lalu, Siti Sarah menemani suaminya, Shuib hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Pasangan selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Media turut melaporkan, SPRM telah membekukan kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan perjudian melibatkan nilai RM75 juta.

Selain itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya milik seorang lelaki bergelar datuk. – K! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat