Calvert-Lewin Buka Akaun Bersama England

- Advertisement -

LONDON: Gareth Southgate berkata Dominic Calvert-Lewin membawa permainannya ke ‘tahap seterusnya’ selepas pemain Everton itu meledak dalam penampilan pertama buat England ketika skuad baharu itu menewaskan Wales 3-0, awal pagi tadi dalam saingan persahabatan.

Calvert-Lewin membuka jaringan di Wembley dengan gol ke-10 musim ini selepas meledak sembilan kali dalam enam perlawanan buat Everton.

Jaringan babak pertama pemain berusia 23 tahun itu diikuti satu lagi gol sulung oleh pertahanan Wolves, Conor Coady bersama England selepas rehat.

Penyerang Southampton, Danny Ings meraih gol ketiga menerusi sepakan gunting.

Kagum dengan kebangkitan pantas Calvert-Lewin sejak beberapa bulan lalu, bos England, Southgate berkata: “Sangat bagus, dia beraksi cemerlang, lariannya memberikan ancaman, dia bagus ketika memberi tekanan dan juga menyudahkan gol dengan baik. Dia memang bagus.

“Dia benar-benar berada dalam prestasi yang bagus. Dia penyerang serba boleh. Saya sentiasa sukakan caranya tetapi gol yang dijaringkannya menjadikan dia berada di tahap yang lain.”

Dengan Tammy Abraham, Ben Chilwell dan Jadon Sancho masing-masing diketepikan kerana melanggar peraturan membabitkan COVID-19, Southgate menggunakan ramai pemain baharu sebelum saingan England dalam Liga Negara-Negara berdepan Belgium dan Denmark. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat