6 Kematian, 354 Kes Baru Covid-19 Termasuk 274 Jangkitan Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PETALING JAYA – Enam kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 354 kes baharu, manakala kes aktif 3,863 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu 352 melibatkan penularan dalam negara dan 2 import.

Setakat ini Malaysia merekodkan 14,722 kes Covid-19 dengan 10,707 daripadanya disahkan sembuh.

Enam kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 152 orang, manakala seramai 188 pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu, 68 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 352 kes penularan dalam negara, 332 kes warga Malaysia dan 20 kes bukan warganegara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu 324 kes,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Sabah terus mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 274 kes, diikuti Selangor (24), Kedah (10), Sarawak (10).

“Kuala Lumpur (8), Pulau Pinang (8), Johor (5), Terengganu (5), Negeri Sembilan (4), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2), Perak (1) dan Labuan (1),” katanya.

Katanya, semua 6 kematian dilaporkan hari ini di Sabah melibatkan pesakit berumur 54 hingga 68 tahun.

Kontak rapat, HSO

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut menjelaskan definisi kontak rapat dan perintah home surveillance order (HSO).

“HSO akan diberikan kepada individu mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu patient under investigation (PUI)

“Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes dijangkiti Covid-19 iaitu person under surveillance (PUS). Kontak rapat kepada kes positif merupakan individu yang dikenalpasti pejabat kesihatan daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko dijalankan. Kontak rapat merupakan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif.

“Ini meliputi individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit Covid-19 pada jarak yang kurang 1 meter atau individu mempunyai kontak fizikal dengan kes dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan,” katanya.

Katanya, antara individu yang dikesan sebagai kontak rapat meliputi anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif tanpa menggunakan alat perlindungan diri (PPE) lengkap atau ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kes positif.

“Ia termausk Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes Covid-19) misalnya di pejabat atau dalam kelas atau individu dikesan mengembara bersama atau duduk dengan jarak yang dekat (kurang 1 meter) dengan kes positif sepanjang tempoh perjalanan.

“Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO. Bagaimanapun individu ini dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan dikeluarkan KKM,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat