Bila dunia Filem mula masuk Ke dalam poket, HONOR Magic9 Pro Max bawa cerita b baru

VENICE, ITALY, 9 September 2026 – Ada satu perkara yang menarik apabila sebuah telefon pintar diperkenalkan di tengah-tengah suasana festival filem, kerana ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dunia telefon pintar hari ini sudah bergerak jauh daripada sekadar soal skrin yang cantik, kamera dengan jumlah megapiksel yang tinggi atau prestasi yang pantas. Di Venice, HONOR mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila memperlihatkan HONOR Magic9 Pro Max buat pertama kali kepada umum, sambil membawa bersama satu mesej yang lebih besar mengenai masa depan pengimejan mudah alih.

Kemunculan Magic9 Pro Max di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-83 bukan sekadar satu lagi acara pelancaran produk. Ia hadir dalam suasana yang cukup sinonim dengan seni visual, pembikinan filem dan kreativiti, sekali gus menjadikan telefon pintar itu sebahagian daripada perbualan yang lebih luas tentang bagaimana teknologi boleh membantu seseorang menghasilkan kandungan yang selama ini memerlukan kamera profesional dan peralatan produksi yang jauh lebih besar.

Yang lebih menarik, pada bahagian belakang Magic9 Pro Max kelihatan logo ARRI pada modul kameranya, dengan susunan lensa yang mengambil inspirasi daripada bahasa reka bentuk salah satu kamera sinema ikonik ARRI. Kemasan warna hijau lumut pula memberikan identiti yang agak berbeza daripada kebiasaan telefon pintar flagship yang sering bermain dengan kemasan hitam, perak atau warna metalik.

Namun, perkara sebenar yang membuatkan kemunculan Magic9 Pro Max ini menarik bukanlah semata-mata rupa luaran atau logo ARRI tersebut. Apa yang lebih besar ialah kerjasama antara HONOR dan ARRI yang cuba membawa sebahagian daripada pengalaman dunia sinema profesional ke dalam sebuah telefon yang boleh dimasukkan ke dalam poket.

Selama ini, apabila seseorang menyebut kamera sinema, gambaran yang muncul biasanya cukup besar. Ada kamera utama, lensa yang boleh ditukar, sistem penstabilan, monitor, aksesori, peralatan rakaman audio dan pelbagai lagi kelengkapan yang memenuhi ruang produksi. Tetapi perubahan teknologi menyebabkan sempadan antara kamera profesional dan kamera telefon pintar semakin mengecil, dan HONOR nampaknya mahu melihat sejauh mana sempadan itu boleh ditolak.

Di sinilah kerjasama HONOR dengan ARRI menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar kerjasana nama besar.

ARRI mempunyai sejarah lebih daripada satu abad dalam industri perfileman dan dikenali dengan kepakaran dalam teknologi kamera, imej serta aliran kerja produksi profesional. HONOR pula datang daripada dunia telefon pintar yang sangat bergantung kepada pengkomputeran mudah alih, kecerdasan buatan dan pemprosesan imej. Apabila kedua-dua dunia ini bertemu, hasilnya bukan semata-mata cuba menjadikan telefon pintar kelihatan seperti kamera filem, tetapi membawa sebahagian daripada falsafah kerja profesional itu ke dalam pengalaman merakam menggunakan telefon.

Antara teknologi yang menjadi perhatian ialah ARRI LogC3, ARRI Wide Gamut 3 dan ARRI Looks, yang diperkenalkan melalui kerjasama ini pada HONOR Robot Phone dan akan diperluaskan kepada siri Magic9 yang akan datang.

Bagi pengguna biasa, istilah seperti LogC3 atau Wide Gamut 3 mungkin kedengaran agak teknikal, tetapi bagi mereka yang biasa dengan proses produksi video, perkara ini sebenarnya sangat penting. Dalam dunia pembikinan filem, merakam imej bukan sekadar mahu mendapatkan gambar yang terus cantik apabila ditekan butang rakam. Ada masanya pembikin filem mahu mendapatkan lebih banyak maklumat daripada kawasan terang dan gelap supaya imej tersebut boleh diproses semula ketika proses pascaproduksi.

Dengan pendekatan itu, telefon pintar tidak lagi hanya menjadi alat untuk merakam sesuatu dan terus memuat naiknya ke media sosial. Ia mula melihat kamera sebagai sebahagian daripada keseluruhan proses kreatif.

Itulah mungkin perkara paling menarik daripada apa yang sedang dilakukan HONOR bersama ARRI. Telefon pintar mula diberikan ruang untuk berada dalam rantaian kerja pembikinan filem, daripada proses mengambil gambar sehingga kepada proses penyuntingan dan pewarnaan.

ARRI LogC3 misalnya direka untuk mengekalkan lebih banyak maklumat pada bahagian highlight dan shadow ketika rakaman, manakala ARRI Wide Gamut 3 menawarkan ruang warna yang lebih luas untuk proses pascaproduksi. ARRI Looks pula memberikan pilihan gaya warna sinematik yang lebih terkawal.

Secara mudahnya, ia memberikan pencipta kandungan lebih banyak ruang untuk menentukan rupa akhir sesuatu rakaman, bukannya menyerahkan segala keputusan kepada pemprosesan automatik telefon.

Dan bagi pembikin kandungan generasi baru, perkara seperti ini semakin relevan.

Hari ini seseorang boleh menghasilkan video pendek untuk YouTube, TikTok, Instagram atau platform digital lain hanya menggunakan telefon pintar. Malah, ramai pencipta kandungan sudah menjadikan telefon sebagai kamera utama mereka kerana ia pantas, mudah dibawa dan sentiasa berada bersama pengguna. Apa yang HONOR cuba lakukan ialah membawa pengalaman tersebut ke satu tahap yang lebih serius dengan memasukkan elemen daripada aliran kerja sinema profesional.

Menariknya, cerita HONOR di Venice bukan hanya berkisar mengenai Magic9 Pro Max.

Sebelum kemunculan telefon flagship itu, HONOR turut mengetengahkan HONOR Robot Phone, yang menjadi antara tarikan utama dalam kerjasama bersama ARRI. Robot Phone membawa konsep mekanikal gimbal yang memberikan identiti tersendiri kepada telefon tersebut, selain menawarkan pendekatan baharu terhadap cara kamera telefon pintar bergerak dan menghasilkan rakaman.

Bayangkan sebuah telefon yang bukan sekadar mempunyai kamera tetapi mempunyai elemen mekanikal yang boleh membantu menghasilkan pergerakan kamera dengan lebih dinamik. Dalam konteks pembikinan kandungan, perkara seperti ini membuka ruang kepada eksperimen yang sebelum ini memerlukan aksesori tambahan.

HONOR Robot Phone juga telah dibawa ke beberapa acara filem utama dunia, termasuk Festival Filem Cannes ke-79, Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-28 dan kini Festival Filem Antarabangsa Venice ke-83. Kehadiran telefon tersebut di lokasi yang penuh dengan pembikin filem dan profesional industri memberikan peluang kepada HONOR untuk menunjukkan bahawa teknologi mudah alih semakin mempunyai tempat dalam dunia produksi yang lebih serius.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya agak menarik untuk diperhatikan kerana industri telefon pintar kini berada pada satu tahap di mana peningkatan spesifikasi semata-mata mungkin sudah tidak cukup untuk membuatkan pengguna benar-benar teruja.

Kamera lebih banyak, megapiksel lebih tinggi dan pemproses lebih pantas sudah menjadi perkara yang biasa. Persoalannya sekarang ialah apa yang boleh dilakukan dengan semua teknologi tersebut.

HONOR nampaknya menjawab persoalan itu melalui kreativiti.

Kerjasama dengan ARRI menunjukkan bahawa pengeluar telefon pintar bukan lagi hanya berlumba menghasilkan kamera yang boleh mengambil gambar lebih terang atau lebih tajam, tetapi mula memikirkan tentang bagaimana pengguna boleh mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap hasil visual mereka.

Bagi seorang pembikin filem profesional, telefon pintar mungkin belum menggantikan keseluruhan sistem kamera sinema dalam semua keadaan. Tetapi bagi pencipta kandungan, pembikin filem bebas, pelajar filem, penggiat media sosial atau sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan video berkualiti tinggi tanpa membawa beg penuh peralatan, perkembangan seperti ini jelas membuka lebih banyak kemungkinan.

Di sinilah Magic9 Pro Max mempunyai cerita yang tersendiri.

Walaupun telefon itu baru membuat kemunculan sulungnya di Venice, kehadirannya memberi gambaran tentang arah yang mahu dibawa HONOR menerusi siri Magic9. HONOR telah mengumumkan bahawa siri Magic9 akan dilancarkan terlebih dahulu di China pada penghujung September dan teknologi pengimejan berkaitan ARRI akan menjadi antara elemen yang diketengahkan.

Jadi, apa yang dipamerkan di Venice boleh dilihat sebagai pembukaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Daripada sudut pengguna, perubahan ini mungkin bermaksud telefon pintar flagship akan menjadi semakin dekat dengan dunia produksi profesional. Daripada sudut pencipta kandungan pula, ia memberikan satu lagi sebab untuk melihat telefon bukan hanya sebagai kamera segera, tetapi sebagai sebahagian daripada proses kreatif yang lebih lengkap.

Dan mungkin itulah perkara paling menarik tentang perkembangan ini. Filem selama ini sering dikaitkan dengan kamera besar, set penggambaran yang sibuk dan produksi yang memerlukan ramai tenaga kerja. Tetapi teknologi mudah alih sedang perlahan-lahan mengubah gambaran tersebut.

Kini, sebahagian daripada kuasa untuk menghasilkan imej sinematik boleh berada di dalam poket.

Di Venice, di tengah-tengah dunia yang meraikan seni filem, HONOR bukan sekadar memperkenalkan sebuah telefon baharu. Ia sedang mengetengahkan satu idea bahawa masa depan pembikinan filem mungkin tidak semestinya bermula dengan kamera yang besar, tetapi boleh bermula dengan sesuatu yang berada dalam genggaman tangan.

Dengan Magic9 Pro Max dan kesinambungan kerjasama bersama ARRI, HONOR jelas mahu membawa perbualan telefon pintar ke arah yang lebih kreatif. Bukan lagi sekadar bertanya berapa tinggi resolusi kameranya, tetapi sejauh mana kebebasan yang diberikan kepada pengguna untuk menghasilkan imej mengikut kehendak mereka sendiri.

Kerana dalam dunia filem, teknologi hanyalah sebahagian daripada cerita. Yang paling penting tetap manusia di belakang kamera, idea yang mahu disampaikan dan cara sesuatu momen diterjemahkan menjadi sebuah gambar bergerak.

Dan apabila semua itu kini boleh bermula dengan sebuah telefon pintar, dunia pembikinan kandungan mungkin sedang memasuki bab yang baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat