Anwar arah polis, Suhakam rangka kajian lindungi tahanan dalam lokap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk melakukan kajian dan siasatan terperinci berhubung isu kematian dalam tahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tahanan atau suspek itu tidak wajar dihukum terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.

“Ada beberapa masalah yang belum selesai, antaranya soal kematian dalam tahanan polis

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ada menyampaikan kepada saya bahawa beliau terbuka untuk diadakan suatu siasatan.

“Kajian ini adalah untuk mengelak (kes kematian dalam tahanan) memandangkan ada sebahagiannya benar, sebahagiannya persepsi.

“Tetapi untuk diperbetulkan keadaan ini kita perlu pastikan kaedah yang lebih telus bagi mengelakkan salah guna kuasa.

“Yang menyiasat itu polis manakala yang menjatuhkan hukum itu hakim. Jadi sebelum dijatuhkan hukum, mereka (suspek) tu jangan dihukum terlebih dahulu,” kata Anwar ketika berucap pada sambutan Suhakam 25 tahun di KL Sentral pada Isnin.

Perdana Menteri malah menyatakan beliau sangat maklum dengan situasi dalam tahanan.

“Jadi kalau orang bicara tentang ada kebimbangan tentang penderaan, kematian dalam lokap, tak perlu yakinkan saya.

“Kita perlukan sokongan daripada semua untuk melindungi tahanan di dalam lokap.

“Menteri Dalam Negeri (KDN) dan polis juga mendukung idea ini, sebahagian kes dilaporkan adalah benar dan sebahagian lagi adalah persepsi.

Hal demikian kata Anwar ia memerlukan prosedur perlindungan yang teratur.

Justeru ujarnya, Suhakam perlu berbincang dengan polis untuk merangka prosedur bagi melindungi tahanan dalam lokap.

Pada 2022, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebanyak 24 kes kematian dalam tahanan direkodkan berbanding 46 pada 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes membabitkan kematian yang berlaku di dalam lokap polis.

Sebanyak 13 kematian berlaku semasa tahanan menerima rawatan di hospital dan klinik atau dalam perjalanan ke hospital dan klinik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat