Negara porak peranda jika kebebasan tidak dikawal-PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara boleh menjadi porak peranda sekiranya kebebasan hak tidak dikawal dengan undang-undang sedia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu memahami bahawa tidak ada batas, sekatan atau undang-undang yang mengekang hak mereka sebagai rakyat.

Pun begitu beliau berkata, mana-mana kerajaan tentunya mewajarkan mereka mempertimbangkan soal keamanan dalam isu tersebut.

“Kadangkala tidak semua orang faham bahawa kebebasan itu juga, sekali gus dengan tanggungjawab dan kalau tidak dikawal dengan undang-undang sedia ada, maka negara akan jadi porak peranda.

“Malah ada insiatif dan ikhtiar yang baik, umpamanya di bawah sebelum ini tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau Statut Rom.

“Walau bunyinya indah, tetapi tidak diberi kecelikan dan kefahaman, maka akan menimbulkan reaksi yang akan merosakkan,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 di KL Sentral pada Isnin.

Sementara itu, Anwar menyifatkan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus sebagai tokoh sesuai untuk menerajui Suhakam.

“Keyakinana kita kepada keupayaan Datuk Hishamudin akan dapat menakhodai satu badan seperti Suhakam dan membawa Suhakam dengan pengenalan beberapa ikhtiar baru yang boleh memperkemaskan lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat