Veteran ATM Bakal Nikmati Elaun, Bantuan Sara hidup – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang menunggu pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pemberian elaun kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Selain elaun itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah majukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk luluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan.

“Kementerian Pertahanan Malaysia telah selesai kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dilaksanakan.

“Kini hanya tunggu pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

“Kementerian Pertahanan telah majukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk luluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan,” kata Hishammuddin pada Jumaat.

Beliau menyatakan komitmen untuk memastikan harapan Veteran ATM dapat dipenuhi.

“Saya sendiri akan terus berhubung dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bagi memastikan harapan kita ini dapat dipenuhi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat