Perolehan LCS Keperluan Kritikal TLDM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengakui perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) merupakan keperluan kritikal operasi TLDM.

Hal demikian, TLDM dalam kenyataannya pada Jumaat TLDM menghargai dan mengalu-alukan perancangan Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan perolehan kapal LCS batch (kumpulan) kedua dengan persenjataan yang lebih lengkap dan berkemampuan tinggi.

“Ini merupakan keperluan kritikal operasi TLDM,” jelasnya.

Mengulas lanjut, TLDM menyambut baik komitmen bertulis Kerajaan Perancis yang diserahkan kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 September 2022 bahawa meneruskan dan menyelesaikan projek LCS merupakan keutamaan Kerajaan Perancis.

“Komitmen Kerajaan Perancis ini merupakan satu perkembangan yang signifikan dalam usaha menerus dan menyiapkan projek LCS.

“Sebagai end user, sebarang usaha yang membolehkan TLDM memiliki dan memanfaatkan aset ini dengan kadar segera amat disokong.

“Ia sememangnya penting bagi memperkukuh ketumbukan armada negara bersesuaian dengan Pelan Transformasi TLDM 15to5,” kata TLDM lagi.

Tambah TLDM, fasa mobilisasi dalam tempoh enam bulan ini merupakan fasa yang sangat mustahak dan memerlukan kerjasama serta komitmen sepenuhnya daripada semua pemegang taruh termasuk TLDM sendiri.

Pada 2 September baru-baru ini,
Kerajaan Perancis meletakkan keutamaan tertinggi untuk meneruskan dan menyiapkan LCS.

Komitmen itu dinyatakan Hishammuddin menerusi pertemuan beliau bersama pihak kerajaan Perancis.

“Pertemuan bersama pihak kerajaan Perancis memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan LCS.

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS adalah keutamaan tertinggi kerajaan Perancis,” kata Hishammuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat