Kriteria utama Muda nak sertai PH mesti ikhlas, bawa nilai tambah – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pernyataan hasrat Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) sewajarnya berteraskan kepada keikhlasan dan ada rekod bersama yang baik.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon agar Majlis Presiden PH diberikan ruang yang cukup untuk proses timbang tara sebelum menerima penyertaan Muda.

“Proses di Majlis Presiden PH secara prinsipnya menuntut parti baru yang bakal bersama PH perlu mempunyai perjuangan yang sama dengan PH.

“Penyertaan parti baru dapat menambah nilai kepada PH dan juga ada keikhlasan dan rekod bersama yang baik.

“Selain itu, penerimaan mestilah secara konsensus oleh semua parti di bawah payung PH,” jelas Rafizi.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar mendesak Muda terlebih dahulu menyatakan pendirian berhubung Gerakan Tanah Air (GTA) diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk Pejuang yang secara terbuka menolak calon tunggal Perdana Menteri daripada PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, mustahil bagi akar umbi gabungan itu akan bekerjasama dengan Muda jika parti itu gagal memuktamadkan sokongan tuntas kepada Anwar.

Bukan cuma itu, Halimey juga menggambarkan pertembungan PKR dan Muda di Larkin “masih berdarah” selain sindiran Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Anwar pada 2014.

Pada 6 September lalu, Syed Saddiq berkata, Muda mengambil keputusan untuk menyerati PH menjelang PRU-15.

Bahkan katanya, Muda juga terbuka untuk mengadakan perbincangan rasmi bersama Majlis Presiden PH berhubung perkara itu, selain menyasarkan bertanding tidak lebih 15 kerusi Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat