PM Boleh Jadi Orang Tengah Redakan Perbalahan UMNO, Bersatu – Wan Saiful

- Advertisement -

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu menjadi orang tengah untuk ‘meredakan’ perbalahan antara parti itu dengan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yakin Perdana Menteri berkeupayaan untuk mengurangkan bahang politik agar tidak menjejaskan usaha kerajaan baharu menangani pandemik Covid-19.

“Kita sendiri menyokong beliau (Ismail Sabri) malah presiden kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berjiwa besar menunjukkan contoh baik di mana beliau sanggup menggalas jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) di bawah Datuk Seri Ismail Sabri.

“Ini menunjukkan keikhlasan kita untuk berkhidmat dan kesungguhan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Dengan semangat itu kalau kita boleh kekalkan, maka Insya-Allah saya yakin Perdana Menteri boleh menjadi the first among equal atau pemimpin yang baik dalam pasukan yang beliau bentuk.

“Saya rasa kita semua patut beri sokongan kepada beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Damansara Perdana hari ini.

Dalam pada itu, keupayaan Ismail Sabri juga tidak boleh disanggah kerana komposisi barisan jemaah menteri yang dilakukan Perdana Menteri hari ini tidak lebih kepada rombakan Kabinet semata-mata.

“Keahlian pasukannya majoriti masih sama, Datuk Seri Ismail Sabri adalah tokoh yang dipilih oleh semua pihak dalam kerajaan yang ada sekarang dan kita menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kita berkeyakinan bahawa dengan kepimpinan, pengaruh dan juga pengalaman yang beliau ada dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.

“Kita boleh mentadbir untuk jangka masa yang tak lama sebelum PRU-15 asalkan kita tidak menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri, beri ruang untuk beliau memimpin negara ini dengan bantuan keseluruhan pasukan yang ada,” jelasnya.

Sementara itu, Wan Saiful turut melahirkan rasa kesal dengan pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) yang tidak henti-henti cuba mencetuskan isu politik meskipun proses pelantikan Perdana Menteri dan Kabinet sudah selesai.

“Saya minta rakyat lihat sikap yang ditunjukkkan oleh PH, masa jadi pembangkang nak bergaduh dengan semua orang, masa dalam kerajaan dia nak bergaduh sesama sendiri.

“Ini dia sikap sebenar PH dan dia tak boleh bagi tumpuan membantu rakyat, itu sikap dia, itu kita biarkan PH dengan sikap dia.

“Namun fokus kita dalam kerajaan untuk terus membantu rakyat bina semula negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat