Saya Datang Bukan Untuk Makan Angin – Ronaldo

- Advertisement -

CRISTIANO Ronaldo yakin perpindahannya ke Manchester United akan menjadi ‘perkara penting bagi tiga atau empat tahun akan datang’ dan menegaskan dia “tidak ke sini untuk bercuti’.

Bekas penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol 118 kali dalam 292 penampilan buat United, merangkul tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara sepanjang bersama pasukan pada 2003 hingga 2009.

Kapten Portugal itu kembali ke Manchester awal minggu ini buat pertama kali dari Juventus, selepas memecahkan rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa yang dipegang Ali Dae ketika bertemu Ireland Republik untuk gol yang ke-110 dan 111.

Bercakap secara eksklusif dengan bekas rakan sepasukannya, Wes Brown, dalam wawancara dengan laman web rasmi United, Ronaldo menyatakan kepulangannya bukan hanya untuk nostalgia.

“Saya tidak ke sini untuk bercuti,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

“Saya kembali ke sini untuk menang sekali lagi.

“Saya mampu, saya dan rakan sepasukan. Saya sudah bersedia untuk maju ke hadapan. Ini adalah peluang yang baik bagi saya, untuk penyokong, untuk kelab, untuk melangkah lebih jauh.

“Saya sudah bersedia dan saya fikir saya akan menjadi peranan penting dalam tiga atau empat tahun akan datang.”

Ronaldo dijangka membuat penampilan bertemu Newcastle United esok, Magpies menjadi satu-satunya kelab yang menjadi bintang utama yang berjaya melakukan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris bersama United.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,562FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat