PM Galak Lebih Ramai Anak Muda Terlibat Perniagaan Digital dan Ekonomi Gig

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi gig.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, beliau berkata perniagaan berkenaan dilihat mampu menjana pendapatan yang baik ketika ini.

Ismail Sabri berkata demikian susulan sesi diskusinya melalui sidang video bersama pengasas aplikasi Grab iaitu Anthony Tan dan Tan Hooi Ling yang bermula di Segambut.

“Dalam perbincangan ini, mereka menzahirkan komitmen untuk bantu menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada anak muda, merancakkan lagi sektor ekonomi gig dan membuka platform kepada peniaga kecil di luar bandar,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, aspek-aspek lain seperti kebajikan dan keselamatan rakan penghantar turut dibincangkan dan diberi perhatian supaya menjadi keutamaan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat