Melaka menjadi hab pengurusan sisa klinikal lestari melalui pelaburan strategik Medivest

Cyberjaya, 8 Ogos 2025 – Medivest Sdn. Bhd, penyedia perkhidmatan pengurusan fasiliti dan pelupusan sisa klinikal terkemuka negara, melakar satu lagi pencapaian strategik dengan perasmian Loji Pelupusan Sisa Klinikal berteknologi tinggi di Bukit Rambai, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, disaksikan oleh kepimpinan kanan syarikat, wakil kementerian, agensi pengawalseliaan, serta rakan strategik industri.

Fasiliti bernilai RM30 juta ini merupakan sebahagian daripada pelan pertumbuhan jangka panjang Medivest untuk memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam pengurusan sisa klinikal yang mampan. Dibangunkan sejak tahun 2020, loji ini telah direalisasikan walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang mengganggu rantaian bekalan global dan mobiliti pakar teknikal antarabangsa.

Kejayaan menyempurnakan projek ini dalam tempoh mencabar mencerminkan keupayaan pengurusan projek yang berdisiplin serta daya tahan organisasi dalam menghadapi risiko operasi berskala besar.

Loji ini mempunyai kapasiti memproses sehingga 20 tan metrik sisa klinikal sehari dan dilengkapi sistem termaju seperti Counter-current Rotary Kiln System untuk pembakaran efisien, Air Pollution Control System untuk mengawal pelepasan bahan tercemar, serta Continuous Emission Monitoring System (CEMS) yang memantau pelepasan secara masa nyata bagi memastikan pematuhan piawaian alam sekitar tempatan dan antarabangsa.

Dari sudut nilai korporat, fasiliti ini memperkukuh model perniagaan hijau Medivest yang menggabungkan inovasi teknologi dengan strategi kelestarian. Melalui kerjasama dengan institusi akademik tempatan, abu insinerator yang dihasilkan akan diproses semula sebagai bahan binaan konkrit, sejajar dengan aspirasi “Zero Waste to Landfill”.

Pendekatan kitar semula ini bukan sahaja mengurangkan kos pelupusan dan impak alam sekitar, malah membuka peluang kepada penciptaan aliran pendapatan baharu.

Fasiliti ini turut dilengkapi sistem tenaga solar yang menjana 230 MWh setahun, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 174kgCO₂ setiap tahun, serta sistem penuaian air hujan untuk kegunaan landskap. Inisiatif ini memposisikan Medivest sebagai organisasi yang konsisten mematuhi dan memacu agenda ESG (Environmental, Social & Governance), sekaligus meningkatkan daya tarikan kepada pelabur institusi yang mengutamakan kelestarian dalam portfolio mereka.

Keseluruhan rantaian logistik sisa klinikal disokong oleh Amplified Intelligence Centre (AIC) di ibu pejabat Medivest, yang membolehkan pemantauan masa nyata terhadap setiap pergerakan pengangkutan. Keupayaan ini memastikan ketelusan, keselamatan, dan pematuhan kawal selia yang tinggi, seterusnya membina keyakinan dalam kalangan pelanggan dan pihak berkepentingan.

Industri pengurusan sisa klinikal kekal sebagai segmen bernilai tinggi dalam ekosistem penjagaan kesihatan, didorong oleh pertumbuhan fasiliti perubatan awam dan swasta serta penekanan terhadap pematuhan alam sekitar.

Dengan keupayaan dan kapasiti baharu yang ditawarkan oleh loji Bukit Rambai, Medivest berada pada kedudukan strategik untuk memperluas capaian pasaran, memeterai kontrak jangka panjang, dan menarik pelaburan ESG berskala besar.

Pengiktirafan seperti Malaysia Technology Excellence Award 2024 (kategori ESG Tech – Environmental Services) dan MSOSH Gold Class 1 Award bagi prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan memperkukuh lagi reputasi Medivest sebagai entiti yang bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran, tetapi turut menetapkan penanda aras baharu dalam pengurusan sisa klinikal yang berdaya saing, inovatif, dan bertanggungjawab.

Sokongan padu Kerajaan Negeri Melaka terhadap pembangunan ini menyerlahkan keberkesanan model kerjasama awam-swasta dalam membina infrastruktur kritikal yang menyokong aspirasi ekonomi hijau negara. Dengan pelancaran fasiliti ini, Medivest mengukuhkan peranan sebagai pemacu nilai strategik, menjadikan kelestarian bukan sekadar komitmen korporat, tetapi teras pertumbuhan jangka panjang dan kelebihan daya saing dalam pasaran serantau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat