Citra Nusa@Muzium 2025 Tonjol Kepelbagaian Budaya, Seni dan Warisan Orang Asli dan Pribumi ASEAN

KUALA LUMPUR, – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menganjurkan Citra Nusa@Muzium ASEAN Natives and Indigenous Festival 2025 bagi meraikan dan memperkenalkan kepelbagaian budaya, seni serta warisan masyarakat Orang Asli dan pribumi dari negara-negara ASEAN.

Majlis perasmian yang diadakan di Dataran Muzium Kuala Lumpur itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami. Festival ini seiring dengan tema KPN 2025, Harmoni Dalam Kepelbagaian, yang menggalakkan penghargaan terhadap budaya dan warisan sebagai asas perpaduan.

Menurut YB Senator Puan Saraswathy, program ini memberi nilai tambah besar kepada institusi muzium dalam memperkukuh naratif kepelbagaian dan warisan negara, selain menyuburkan penghayatan masyarakat terhadap kekayaan budaya, sejarah dan alam semula jadi yang menjadi identiti nasional.

Beliau turut menggesa JMM memperkasa peranan Muzium Adat di Negeri Sembilan sebagai pusat rujukan dan peneraju dalam mempromosikan warisan adat serta budaya etnik di Malaysia. “Muzium Adat bukan sahaja mampu memperkaya kefahaman masyarakat terhadap kekayaan adat dan nilai budaya, malah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat perpaduan berasaskan saling hormat dan penerimaan terhadap kepelbagaian,” tambah beliau.

Sepanjang festival, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan negara ASEAN, pertandingan menyumpit, permainan kerchang, kuiz interaktif, pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat