Jentera BN Perlu Bentuk Naratif, Bukan Sekadar Reaktif – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, mengingatkan jentera penerangan UMNO supaya tidak hanya bertindak balas terhadap serangan politik, sebaliknya menjadi pihak yang membentuk naratif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Berucap pada Program Penerangan UMNO Sabah, Salleh menegaskan bahawa penguasaan naratif amat penting untuk membina keyakinan rakyat melalui fakta, mesej strategik dan penglibatan aktif di platform digital.

“Jika kita tidak membentuk naratif, pihak lain akan membentuknya untuk kita. Kita bukan lagi di era bergantung kepada ceramah besar semata-mata. TikTok, WhatsApp dan media sosial kini medan sebenar pertempuran,” katanya.

Beliau turut mengulas perbandingan yang dibuat sesetengah pihak antara parti tempatan dan parti nasional.

“UMNO Sabah adalah parti nasional, tetapi ia dibina oleh rakyat Sabah untuk rakyat Sabah. Yang penting bukan asal-usul parti, tetapi apa yang diperjuangkan dan siapa yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat,” jelasnya.

Salleh menyeru semua unit penerangan agar bersatu dalam mesej, menyesuaikan strategi mengikut segmen pengundi dan membuktikan bahawa UMNO serta BN kekal sebagai pilihan paling stabil dan berwibawa untuk masa depan Sabah.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir; Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin; dan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat