Ranhill lantik pengarah baharu selepas diambil alih YTL Power

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ranhill Utilities Bhd melantik lima pengarah baharu dengan empat daripadanya memiliki kaitan dengan YTL Power International Bhd, pasca pengambilalihan Ranhill dan anak syarikatnya pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun, jawatan pengerusi kumpulan masih kosong, selepas pengasasnya, Tan Sri Hamdan Mohamad meletak jawatan Jumaat lalu.

YTL Power dan anak syarikatnya yang dimiliki 70 peratus, SIPP Power Sdn Bhd, memperoleh Ranhill pada 9 Julai selepas menyelesaikan tawaran am mandatori (MGO) dan memperoleh pegangan kawalan sebanyak 53.19 peratus.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Ranhill menamakan Yeoh Keong Yeen dan Yeoh Keong Yuan sebagai pengarah eksekutif baharu, manakala Faiz Ishak dan Datuk Anuar Ahmed sebagai pengarah bukan bebas, sementara Datuk Seri Dr Yusof Ismail sebagai pengarah bebas.

Keong Yeen dan Keong Yuan adalah adik-beradik serta cucu kepada pemegang saham utama YTL Power, Tan Kai Yong @ Tan Kay Neong.

Keong Yeen dan Keong Yuan memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam dan menjawat jawatan sebagai pengarah eksekutif dalam bahagian pembinaan Kumpulan YTL.

Faiz yang juga ahli berdaftar Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah di Transocean Holdings Bhd, YTL Corp Bhd dan YTL Power, memetik laporan BH pada Jumaat.

Sementara itu, Anuar, yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai industri, khususnya dalam tenaga dan pengangkutan, kini berkhidmat dalam lembaga pengarah beberapa anak syarikat YTL Power, serta LBS Bina Group Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Yusof pula adalah bekas pegawai tadbir dan diplomatik dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, pernah menjadi ketua pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dari April 2020 hingga Mei 2023.

Beliau kini berkhidmat dalam lembaga pengarah dua entiti tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Green Packet Bhd dan AwanBiru Technology Bhd.

Saham Ranhill ditutup 2.76 peratus atau 4.0 sen lebih rendah pada RM1.41 semalam, menjadikan pemodalan pasarannya mencecah RM1.83 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat