Hungary pastikan minyak sawit Malaysia penuhi keperluan dan permintaan EU – Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hungary memainkan peranan strategiknya selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) untuk memastikan industri minyak sawit Malaysia dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna EU.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau telah menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Hungary yang diketuai oleh Dr. Petra Ponevács-Pana, diiringi Gabor Kozma dan See Wei Ming.

“Kunjungan yang bermanfaat ini telah meluaskan pandangan kedua belah pihak dalam kepentingan mempraktikkan kemampanan di dalam perladangan sambil membuahkan penghasilan mampan.

“Terutamanya antara pengeluaran terbesar Malaysia iaitu minyak sawit, melalui pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO selaras dengan matlamat Kesatuan Eropah iaitu EUDR atau European Union Deforestation Regulation dalam usaha menyifarkan pembasmian hutan.

“Bagi separuh kedua tahun 2024, Hungary telah mengambil alih Presiden Majlis Kesatuan Eropah. Hal ini menandakan peranan strategiknya untuk memastikan industri minyak sawit Malaysia dapat memenuhi keperluan dan permintaan pengguna EU,” kata Johari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat