Trinity Group Serah 3 Unit Rumah RM 1.2 Juta Kepada Pertubuhan Anak Yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Trinity Group Sdn. Bhd. (Trinity Group), syarikat pemaju hartanah, telah menyerahkan tiga unit rumah dua tingkat dan menaik taraf bangunan bagi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor Rumah Bakti Dato’ Harun di Ampang Jaya, Ulu Kelang.

Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat berkata sumbangan bernilai RM1.2 juta daripada Trinity Group bertujuan meningkatkan tahap kesejahteraan dan memberi sinar harapan kepada anak-anak yang menghuni rumah tersebut.

“Sejajar dengan wawasan Trinity untuk membina masyarakat dan memperkaya kehidupan menerusi inisiatif yang bertumpukan masyarakat.

“Menerusi penyerahan tersebut, Trinity Group telah menyumbang pelbagai kemudahan bagi rumah anak-anak yatim ini, termasuk tiga unit rumah dua tingkat dengan keluasan berjumlah 4,700 kaki persegi, kerja naik taraf gerbang masuk di sekitar kawasan perumahan, pemasangan kemudahan pondok pengawal dan juga membina pagar yang sempurna di sekeliling Rumah Bakti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Trinity Group percaya bahawa tahap keselamatan yang baik dan taraf kehidupan yang lebih selesa seharusnya dapat dinikmati oleh semua.

“Sambil kami menyertai masyarakat Ampang Jaya dengan Trinity Wellnessa, kami berazam untuk menabur bakti dengan membantu rumah kebajikan ini mencapai matlamat mereka, dan kami sukacita menyediakan kemudahan tersebut kepada penghuni Rumah Bakti Dato’ Harun,” katanya.

Trinity Group telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan perniagaan teras utamanya adalah dalam pembangunan hartanah.

Sebagai pemaju hartanah butik, Trinity Group berbangga dengan pendekatan modennya dalam menyediakan pembangunan inovatif dan bernilai tinggi yang membezakan dirinya daripada pemaju lain.

Selain daripada membangunkan projek yang berkualiti, pemaju juga berusaha untuk menambahkan nilai projeknya dengan menggabungkan ciri dan faktor yang dapat meningkatkan nilai projek hartanah serta komuniti sekeliling.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat