‘Beli’ Ahli Parlimen, SPRM Temui Tiga Wakil Rakyat DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius mengenai tohmahan mendakwa beberapa ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan,” kata SPRM dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini.

Terdahulu, Polis Perak mengesahkan menerima laporan yang dibuat setiausaha sulit Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pada Sabtu lalu.

Kulasegaran mendakwa beliau dihubungi seorang individu tidak dikenali yang menawarkan ganjaran sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan PN.

Bekas menteri sumber manusia itu berkata, tawaran tersebut dibuat menerusi telefon setiausahanya, Jeremy Chuah pada Jumaat.

Katanya, antara tawaran tersebut adalah ganjaran wang berjumlah RM30 juta, kedudukan sebagai menteri serta pelbagai insentif lain

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat