Tok Mat Umum Bertanding Parlimen Rembau, KJ Berpindah Ke ‘Selorong’

- Advertisement -

Rembau – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan bertanding untuk kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurut bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, langkah tersebut sesuai dengan peranannya dalam parti di peringkat pusat.

“Saya dah tak boleh bertanding di peringkat negeri sahaja.

“Saya kena pergi Pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU-15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Sri Kota pada Sabtu.

Seterusnya Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat turut menjelaskan penyandang kerusi tersebut Khairy Jamaluddin bakal dicalonkan untuk bertanding di kawasan lain.

“Tetapi disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.

“Saya pula tak tahu nak pergi ke mana, ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian, saya menawarkan diri di sini.

“Tak jauh pun perginya, selorong sahaja,” katanya secara tersurat.

Walau pun tidak menyatakan secara jelas, namun sumber SuaraTV berkata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan diberi tanggungjawab untuk merampas kembali kerusi parlimen Tampin.

Untuk rekod di dalam pilihan raya umum yang lalu, calon Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Dr Hasan Bahrom berjaya merampas kubu kuat UMNO itu apabila menewaskan penyandang Datuk Seri Shaziman Mansor dengan majoriti 1,002 undia.

Hasan berjaya memperolehi 22,435 undi, manakala Shaziman selaku penyandang selama empat penggal sejak 1999 terpaksa akur dengan 21,443 undi.

Terdahulu UMNO Cawangan Sri Kota membentangkan usul tergempar iaitu mencadangkan agar Tok Mat dicalonkan untuk bertanding untuk kerusi Rembau dalam PRU15.

Usul tersebut diluluskan dengan sebulat suara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat