Laman FB Bersatu Hina Tunku Mahkota Johor

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tidak puas hati dengan sindiran yang dikeluarkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, laman Facebook BersatuTV melemparkan kata-kata hinaan terhadap Tunku Mahkota Johor itu.

Tinjaun yang dilakukan SuaraTV mendapati, laman Facebook tersebut turut dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadap Tunku Ismail.

“Koyak ke TMJ? Duit sendiri? Cuba tanya Majlis Bandaraya Johor Bahru, siapa bayar untuk stadium mahal untuk JDT SEMUA?

“Dari BAS hingga ke gaji pemain semua JCS dan PBT bayar tapi budak nangoi kata dia bayar pakai duit sendiri?” soal pengendali laman tersebut.

Paling biadap apabila laman tersebut turut mencabar agar Tunku Ismail ‘turun tahta’ sekiranya mahu berpolitik.

Dipercayai laman Facebook tersebut dikendalikan oleh penyokong Mahathir yang kecewa sejak pemecatan ahli parlimen Langkawi tersebut dari Bersatu.

Terdahulu Tunku Ismail membalas ciapan  pembantu kepada Tun Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin yang mendakwa Tunku Mahkota Johor itu menayangka. kereta mewah berharga jutaan ringgit di saat rakyat susah.

“Beli pakai duit sendiri. Bukan ambik duit Rakyat macam your boss. What atau how much your boss bagi sumbangan kepada rakyat selama ini kalau nak dibandingkan dengan sumbangan Keluarga DiRaja Johor kepada rakyat? soal Tunku Ismail di laman Twitternya.

Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya pada Jumaat, membuat kenyataan sinis terhadap orang tertentu yang disifatkan sebagai gila kuasa di saat negara memerlukan kestabilan bagi memperbaiki ekonomi rakyat.

Klik: TMJ Mahu ‘Backhand’ Mahathir?

Paling menarik kenyataan tersebut dikeluarkan sejurus selepas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai parti yang bakal ditubuhkannya.

“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.

Paling menarik Tunku Ismail turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai memecah belahkan bangsa Melayu.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati semua meminta agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan agar pengendali laman tersebut dapat diheret ke muka pengadilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat