DAP Minta Penyokong Jangan Himpun Semasa Kes Guan Eng Di Butterworth

- Advertisement -

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang meminta penyokong parti dan orang awam tidak berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Butterworth semasa pendakwaan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, pada Isnin dan Selasa ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata ia bertujuan mengelak kemungkinan penularan COVID-19 dan kewujudan kluster baharu sekiranya himpunan orang ramai yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“DAP Pulau Pinang berharap ahli-ahli, penyokong dan orang awam akan memahami keadaan ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, DAP Pulau Pinang melancarkan kempen ‘Solidariti dengan Lim Guan Eng’, sebagai platform untuk ahli, penyokong dan orang awam menunjukkan sokongan kepada setiausaha agung DAP itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kes Guan Eng tidak akan menjejaskan proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri mengenai projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.

Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut itu.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Bagan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin dan Selasa ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat