PRK Slim: Sinambungan Khidmat Terbaik Jika BN Terus Menang – Zahid

- Advertisement -

SLIM: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi (dalam) pilihanraya kecil (PRK) N58 Slim, pasti akan menikmati kesinambungan khidmat terbaik ADUN dulu, Allahyarham Dato Khusairi Abdul Talib, jika mereka memilih calon BN dalam PRK kali ini.

Kenyataan itu dibuat beliau menerusi laman Facebooknya ketika melancarkan jentera BN untuk PRK berkenaan sebentar tadi.

Pelancaran jentera BN untuk PRK tersebut hari ini, akan dituruti dengan pengumuman calon pada 12 Ogos nanti, umum Zahid.

Dalam hantaran yang sama, Zahid mahu semua pihak menyelesaikan segala masalah tertunggak di Slim termasuk di Felda dan masyarakat Orang Asal agar rakyat dapat menarik nafas lega.

Kemenangan di DUN Slim kata beliau, akan memaparkan indikator terbaik pilihan pengundi di sini pada PRU ke-15.

“Dalam pada itu, saya ingatkan BN jangan ketepikan mana-mana pihak yang mahu membantu mereka nanti”, tambah Zahid lagi.

“Selesaikan segala pertelingkahan, santuni setiap perbezaan dan tumpukan persamaan untuk membela penduduk setempat”, katanya menutup hantaran tersebut.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandang kerusi, Allahyarham Dato’ Khusairi akibat serangan jantung di Bentong Pahang pada 15 Julai yang lepas.

Dalam PRU14, Allahyarham memperolehi, 8,327 undi mengatasi 2 calon lain, masing-masing dari PKR dan PAS dengan majoriti 2,183 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat