‘Lara dah mula ‘cemburu’ dengan adik’

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu. Pengiran Muda Abdul Azim,...

PENGACARA terkenal, Awal Ashaari berkongsi mengenai anaknya, Lara Alana, 6, yang kini mula menunjukkan sikap ‘cemburu’ dengan kehadiran adiknya  yang bakal dilahirkan pada Februari tahun depan.

Awal ditemui berkata Lara seperti berasa dirinya kurang mendapat perhatian daripada ibu, Scha Alyahya yang kini hamil empat bulan.

“Pada peringkat awal, dia seronok. Tapi, dalam dua ke tiga minggu ini dia cepat merengek dan nampaknya, seperti inginkan perhatian. Dia bertanya kepada saya, kenapa bila dia bercakap dengan ibunya, tapi tak dilayan.

“Saya jelaskan kepadanya mengenai bayi dalam kandungan Scha dan dia mula faham. Tapi, pada masa sama, dia banyak bertanya, selepas ibu bersalin nanti, adiknya akan tinggal dengan siapa dan siapa akan teman dia tidur,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pengacara program Melodi itu lagi, dia dan isterinya belum melihat ‘keakraban’ antara Lara dengan adiknya yang bakal lahir itu.

AWAL dan keluarganya.
AWAL dan keluarganya.

“Apa yang saya nampak, hubungan ‘akrab’ antara Lara dengan adiknya itu belum ada. Saya sampai terpaksa mereka cerita, beritahu dia bahawa adiknya kirim salam dan adik suruh saya belikan mainan untuk Lara.

“Jadi, sedikit sebanyak, dapat sedapkan hatinya dan buatkan dia rasa bahawa adiknya itu sebenarnya baik dan sangat sayangkannya,” kata Awal.

Berkongsi mengenai cerita kehamilan isterinya, Awal berkata, Scha yang juga pengacara dan pelakon, mula menunjukkan perubahan dari segi selera makan.

“Banyak makanan yang dia suka makan sebelum ini, dia tak pandang pun kalau saya beli. Jika ada makanan sedap dia mengidam nak makan, dia beli sendiri melalu pesanan dalam talian (online).

“Ada juga beberapa kali dia teringin untuk makan masakan saya seperti nasi goreng sardin dan juga bubur jagung. Jadi, saya sediakan untuknya,” katanya.

Beberapa hari lalu, Awal menerusi Instagramnya berkongsi video pendek berdurasi 38 saat, memaparkan keterujaan Lara yang bakal mendapat adik, selain ungkapan rasa bahagianya meraikan ulang tahun kelahiran ke-39.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...