Ruhainies rai hari jadi lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Helah konon perlu bertemu wakil sebuah syarikat pelancongan di hotel ‘menjadi’ apabila ulang tahun kelahiran ke-28, aktres, Ruhainies diraikan kelab peminat di ibu negara, buat kali kedua.

Menceritakan detik manis itu, Ruhainies berkata, teman baik dan pembantu peribadi, Fyzal Babjan mengatur konon dia perlu bertemu wakil sebuah syarikat pelancongan di sebuah bilik hotel di sini, malam kelmarin.

“Saya tidak syak apa-apa pada awalnya. Apatah lagi, saya memang dijadual berbincang dengan sebuah syarikat pelancongan bagi mempromosikan cuti dalam negeri.

“Tetapi saya musykil dan pelik pertemuan atau mesyuarat diatur dalam bilik hotel. Namun, saya ‘layan’ sahaja dan ikut rentak permintaan itu.

Ruhainies bersama kelab peminatnya, Ruhainies Heart Fan pada sambutan hari jadinya di ibu negara, kelmarin. Foto Ihsan Ruhainies
Ruhainies bersama kelab peminatnya, Ruhainies Heart Fan pada sambutan hari jadinya di ibu negara, kelmarin. Foto Ihsan Ruhainies

“Apabila masuk ke bilik hotel terbabit, rupa-rupanya kelab peminat, Ruhainies Heart Fan buat kejutan hari jadi saya,” katanya kepada BH Online.

Ruhainies berkata, kejutan itu hampir tidak jadi kerana dia yang baru memulakan penggambaran drama, Lelaki Lingkuhan Cinta, hanya dibenarkan meninggalkan set pada jam 12 tengah malam.

Namun, selepas Fyzal berbincang dengan produksi, Ruhainies dibenarkan pulang awal dengan pengarah drama terbabit, Pyan Screw mempercepatkan proses penggambaran.

Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bersyukur terus dihargai peminat apatah lagi hari jadinya diraikan buat kali kedua.

“Ini tahun keenam saya meraikan hari lahir bersama peminat. Pada awalnya, saya tidak sangka ada majlis sambutan apabila COVID-19 menyerang dunia.

“Apatah lagi, Mac lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang perkumpulan ramai sehinggalah fasa pemulihan sekarang,” katanya.

Mengenai impiannya, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Hello, Mr Perfect berharap semua perkara yang ‘baik-baik’ mendatangi dirinya.

“Soal kahwin bukan suatu tekanan. Lagipun, saya perlu tunggu kakak (pelakon Risteena Munim) berkahwin. Ibu saya tidak mahu anaknya melangkah bendul.

“Kekasih saya juga faham. Kami masih mahu menikmati hidup solo termasuk sibuk dengan karier masing-masing,” katanya Ruhainies yang sempat bercuti bersama keluarga di Langkawi sempena hari jadinya.

Sebelum ini, iaitu sehari sebelum sambutan hari lahir pada 27 Julai lalu, Ruhainies diraikan peminat di Pulau Pinang.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat