Raja segala ‘GPU’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sebut sahaja kad grafik, ia menjadi kegilaan golongan golongan pencinta permainan, pembina desktop atau penyedia kandungan.

Kad grafik ini bukan saja berfungsi untuk memberikan prestasi keupayaan grafik yang baik malah digunakan untuk tujuan sintesis video, animasi dan sebagainya.

Bagi yang masih tercari-cari kad grafik, MSI RTX 3080Ti Suprim X 12G adalah raja untuk kelas premium hanya di belakang siri RTX 3090.

Menerusi aspek prestasinya, MSI tidak pernah gagal menawarkan keupayaan kad grafik terbaik berbanding dengan beberapa jenama premium lain di pasaran.

Siri MSI RTX 3080Ti ini Suprim X 12G adalah kad grafik keluaran terhad menerusi kategori barisan produk selepas Gaming X Trio.

Sesuai dengan ciri premium, siri kad grafik ini dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk untuk kuasa penyejukan optimum bersama teknologi Tri Frozr 2S.

Teknologi berkenaan dilengkapi dengan Torx Fan 4.0 hasil rekaan bilah kipas tersendiri untuk memastikan kuasa sedutan udara adalah pada paras maksimum.

Kad grafik itu menggunakan tiga slot punca kuasa lapan pin daripada bekalan kuasa atau ‘power supply’ bersama-sama dengan sokongan tambahan untuk menampung berat kad berkenaan.

Pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian yang boleh dimuat turun dan konfigurasi talaan dilaksanakan dengan mudah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat