MB Selangor mahu kilang tertentu kekal ditutup sampai tamat PKPD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini supaya mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan PKPD.

Hal ini kata beliau kerana kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi,” kata beliau dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.

Amiruddin memberitahu, jumlah kes yang tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD yang menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 kes serta saringan kontak rapat dari kes positif di PKPD.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulas berhubung tindakan Menteri Besar Selangor itu kerana beliau telah berulang kali saran langkah itu sejak Januari lalu lagi.

“Mir, saya dah berulang kali saran ini sejak bulan Januari lalu. Akhirnya Selangor setuju buat PKPD ketat pada awal minggu ini.

“Lalu tak sampai 4 hari PKPD pula, kerajaan pusat buka semula pintu belakang dua hari lalu dengan membenarkan lebih banyak kilang-kilang bukan essential termasuk semua kilang elektronik.

“Lepas itu Kerajaan Selangor mengadu kenapa kerajaan pusat buka semula pintu belakang? Entah game apa mereka sedang ain tapi yang menderita ialah seluruh Malaysia,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat