Dua Lipa kini berlakon

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Dua Lipa, 25, kini bergelar bintang filem selepas dilaporkan membintangi filem perisikan berjudul Argylle.

Dalam filem arahan Matthew Vaughn itu, Dua Lipa bakal bergandingan dengan pelakon hebat termasuk Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, Bryan Cranston, Catherine O’Hara, John Cena dan Samuel L Jackson.

Argylle adalah filem pertama untuk sebuah karya sekuel yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama tulisan Elfie Conway.

Plot ceritanya bakal merungkai kisah ejen perisik nombor satu dunia serta pengembaraannya di Amerika Syarikat, London dan beberapa destinasi lain dalam dunia.

Di samping berlakon, Dua Lipa juga dikhabarkan bakal menyumbang skor muzik untuk filem terbabit. Penggambarannya dijadualkan bakal bermula di sekitar Eropah bulan depan.

Vaughn yang juga pengarah filem Kingsman berkata, dia teruja dan seronok terbabit dengan karya yang cukup segar serta mengagumkan itu.

“Apabila saya membaca draf manuskrip awalnya, saya rasa ia adalah cerita perisikan paling asli dan menakjubkan selepas karya Ian Fleming pada era 1950-an. Ia pasti akan bawa angin baharu dalam genre perisikan,” katanya.

Skrip Argylle ditulis Jason Fuchs manakala penerbitnya adalah Adam Bohling dan David Reid.

Zygi Kamasa, Carlos Peres, Claudia Vaughn dan Adam Fishbach akan turut menyertai projek itu sebagai penerbit eksekutif.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat