Audio suara Zahid pengerusi MT tersebar, namakan penyokong dan penentang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakaman audio mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang malam 7 Julai telah tersebar di media sosial.

Video berdurasi 4.32 minit itu memaparkan audio mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mesyuarat MT berkenaan UMNO memutuskan menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“…terdapat 25 daripada kita yang telah memberikan pandangan dan pandangan itu dijadikan panduan untuk membuat keputusan malam ini.

“Pada waktu yang sama saya telah berjumpa setiap individu ahli baris tertinggi kecuali Datuk Zahidi Zainul Abidin saya anggap beliau tidak bersetujulah berdasarkan kenyataan-kenyataan yang beliau tulis dan siarkan melalui media

“Saya sebutkan tadi juga bahawa Datuk Khaidirah Abu Zahar memohon supaya beliau dikecuali dan tidak menyokong, begitu juga Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman beliau minta KIV.. itu juga saya anggap tidak menyokong.

“Daripada 56 yang telah menyokong tanpa syarat ialah 35 orang, yang menyokong bersyarat 15 orang jumlahnya 50. Terdapat seorang yang saya anggap tidak menyokong, seorang KIV, seorang terkecuali jadi jumlahnya sebagaimana saya sebutkan tadi.

“Oleh kerana pada malam ini kita dapati bahawa 35 menyokong tanpa syarat dan selainnya menyokong bersyarat dan berkecuali dan KIV sebagainya. Saya merasakan bahawa apa yang kita perlu lakukan ialah membuat keputusan, setiap mesyuarat mesti membuat keputusan, ujar Zahid dalam audio tersebut.

Justeru katanya, “keputusan yang pertama kita memberi kuasa kepada ahli Parlimen UMNO bahawa apabila persidangan Parlimen di dijalankan dan ketika ada agenda pengundian sama ada pengundian percaya atau tidak percaya kita serahkan kepada budi bicara Yang Berhormat (YB) ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan sebagaimana yang dihasratkan ketika saya menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Untuk itu parti membuat keputusan bahawa parti menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini adalah merupakan keputusan parti namun keputusan untuk ahli-ahli Parlimen seperti yang saya sebutkan tadi.

“Yang ketiga pada malam ini kita memberikan keabsahan bahawa penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan telah diterima oleh 52 ahli MT daripada 56,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat