Liverpool Teruskan Misi Pecah Rekod Pungutan Mata

- Advertisement -

SELEPAS mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Brighton, Liverpool meneruskan misi pemburuan untuk memecahkan rekod pungutan mata Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi awal pagi Khamis,The Reds mendominasi permainan dengan dua gol awal menerusi penyerang sensasi Mohamed Salah pada minit ke-6 dan menerusi Henderson pada minit ke- 8.

Salah kemudiannya menjaringkan gol ketiga skuad kendalian Jurgen Klopp pada minit ke-76 sementara gol tunggal Brighton disumbangkan oleh Leandro Trossard lewat babak pertama.

Mengulas mengenai mata yang perlu diperolehi, Klopp berkata, ia bukan satu perkara penting baginya.

“Saya tidak berminat untuk mengejar mata, saya cuma mahu menang perlawanan. Bagi kebanyakan ahli sukan secara umum, ia mungkin sesuatu yang penting.

“Kami adalah juara dan mungkin kami boleh berlembut sedikit, tetapi tidak, pemain kami sedia melakukan apa saja,” katanya.

“Kami kini ada 92 mata dan musim lalu kami mengumpul 97! Kami ada lima mata lebih daripada ini musim lalu – ia menakjubkan, saya tidak tahu bagaimana kami melakukannya,” tambahnya.

Pasukan juara itu kini mengumpul 92 mata dengan tiga kemenangan daripada empat saingan terakhir yang boleh memecahkan rekod Manchester City dengan 100 mata dua musim lalu.

Kemenangan ke 30 diperolehi Liverpool dalam 34 perlawanan liga – yang terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk mencapai markah itu.

Sebelum ini, Manchester City memegang rekod dengan meraih 30 kemenangan dalam 35 perlawanan liga pada 2017-18. #YNWA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat