Biar Zahid tentukan calon Perdana Menteri – Puad Zarkashi-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebarang pengumuman siapa calon Perdana Menteri dan dasar berkaitan parti mestilah datang dari mulut Presiden Umno Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata Ahli Majlis Tertinggi Dato Mohd Puad Zarkashi. Dalam temuramah oleh Malaysiakini, Puad juga menambah sepatutnya ianya bukan datang dari mulut Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa.

Zahid Hamidi pada kenyataannya pada 06 julai lepas menegaskan “UMNO sepatutnya tidak terheret dengan polemik perbahasan mengenai calon Perdana Menteri malah tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.”

“Kita berharap dalam soal dasar termasuk penyertaan Umno dalam Perikatan Nasional (PN) yang mungkin akan didaftarkan, mestilah kenyataan daripada mulut presiden Umno dan bukannya Setiausaha Agung BN atau Umno (Annuar Musa) dan Pemimpin PAS juga diharap menghormati spirit (semangat) Muafakat Nasional,” ujar Puad lagi.

Pendirian Umno tetap konsisten iaitu Muafakat Nasional adalah keutamaan parti. Polemik calon Perdana Menteri juga mendapat reaksi panas daripada Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat