Program Qurban unta, lembu & Kenduri Rewang Hari Raya Aidiladha BTR

- Advertisement -

Bertempat di Surau Tarbiah, Taman Pertama, Jalan Cheras, satu program istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H telah dianjurkan dengan penuh semangat perpaduan dan nilai kemasyarakatan yang tinggi. Program yang dinamakan “Program Qurban Unta, lembu & Kenduri Rewang Aidiladha 2025” ini merupakan hasil kerjasama erat antara Yayasan Metamorphosis, BERSATU Bandar Tun Razak, dan juga PAS Kawasan, sekaligus mencerminkan kesatuan komuniti Islam di Bandar Tun Razak tanpa mengira latar belakang politik.

Berbeza dengan kelaziman ibadah korban yang biasanya melibatkan lembu dan kambing, tahun ini program memperkenalkan satu kelainan yang unik iaitu penyembelihan tiga ekor unta selain seekor lembu. Menurut Presiden Yayasan Metamorphosis, Dato’ Aliff Muhamad Zain, pemilihan unta sebagai binatang korban tahun ini adalah satu usaha untuk memberi pengalaman baru kepada masyarakat setempat yang mungkin tidak pernah melihat secara langsung ibadah korban melibatkan unta.

“Biasanya orang tengok lembu, kambing. Tapi tahun ini kita buat kelainan sikit. Kita dapat bekalan unta, jadi kita bawa kelainan ini ke kawasan Bandar Tun Razak,” jelas Dato’ Aliff semasa sesi temu bual.

Sebanyak 1,000 penduduk setempat, khususnya dari kalangan asnaf dan golongan memerlukan, telah menerima manfaat langsung melalui agihan daging korban ini. Dengan nilai keseluruhan anggaran hampir RM150,000, agihan dibuat secara telus dan teratur berdasarkan data dan saringan yang telah dilaksanakan oleh pengerusi-pengerusi persatuan penduduk dan surau di sekitar Bandar Tun Razak.

Dato’ Aliff turut menekankan bahawa senarai penerima dipilih hasil kerjasama erat dengan pemimpin komuniti setempat seperti pengerusi-pengerusi persatuan penduduk, AJK surau-surau dan sukarelawan tempatan. Ini bagi memastikan agihan dilakukan secara adil dan menyeluruh.

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa ialah keterlibatan semua lapisan masyarakat Islam tanpa mengira latar belakang politik. Program ini bukan sahaja melibatkan ahli-ahli Perikatan Nasional tetapi juga komuniti setempat secara keseluruhan termasuk wakil-wakil dari pelbagai pertubuhan.

“Kita tak kisah parti mana pun, yang penting kita semua bersatu dalam ibadah dan gotong-royong ini,” kata beliau lagi.

Selain penyembelihan haiwan korban, program turut dimeriahkan dengan aktiviti rewang dan kenduri perdana yang diadakan pada sebelah malam. Acara ini memberi ruang kepada penduduk untuk bergotong-royong memasak dan menjamu selera bersama-sama – satu tradisi Melayu yang semakin jarang kelihatan di kawasan bandar.
Seluruh rakyat di kawasan Bandar Tun Razak turut dijemput hadir memeriahkan program ini secara terbuka dan bersama-sama menghayati semangat Aidiladha.

Dato’ Aliff menyatakan bahawa pihak Yayasan Metamorphosis bercadang untuk meluaskan program korban unta ini ke kawasan lain di bawah Perikatan Nasional pada tahun hadapan. Sambutan luar biasa daripada komuniti Bandar Tun Razak memberikan dorongan besar untuk mengembangkan lagi program ini di masa hadapan.

“Insya-Allah, tahun depan kita akan kembangkan lagi ke kawasan lain, bukan setakat di Bandar Tun Razak sahaja,” ujar beliau penuh optimis.

Program Qurban Unta & Kenduri Rewang sempena Hari Raya Aidiladha 2025 ini telah berjaya menyatukan masyarakat Islam di Bandar Tun Razak dalam suasana penuh harmoni dan kemanusiaan. Melalui kerjasama strategik pelbagai pihak, program ini bukan sahaja menekankan aspek ibadah semata-mata, tetapi turut membawa mesej perpaduan, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang amat bermakna dalam suasana masyarakat moden hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat