KSN lantik KSU baru Wisma Putra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Amran Mohamed Zin dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri yang baru.

Lantikan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut, pelantikan Amran bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang telah pun tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 31 Mei lalu.

“Pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 9 Jun 2022 dengan beliau sebelum itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) di Kementerian Luar Negeri,” katanya.

Amran, 55, ujar beliau, dilantik berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa serta hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatan awamnya.

Beliau yang berkhidmat selama lebih 27 tahun, sebelum ini pernah bertugas sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di pejabatnya di Geneva, Switzerland.

Kemudian, beliau dilantik pula sebagai Duta Besar Malaysia ke Turki dari 2014 sehingga 2016 sebelum kembali ke Wisma Putra untuk memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau mampu merealisasikan misi kementerian dalam penggubalan dasar luar negeri,” kata Mohd Zuki.

Malahan, beliau berkeyakinan penyandang baharu tersebut mampu dalam pelaksanaan polisi luar serta memajukan dan melindungi kepentingan Malaysia melalui diplomasi yang dinamik.

Kerajaan tambahnya, turut merakamkan penghargaan kepada Muhammad Shahrul Ikram atas sumbangan dan khidmat bakti kepada negara sepanjang tempoh perkhidmatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat