Kompleks Campbell ‘meriah’ kembali sebab Search

- Advertisement -

Pemilihan Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, di sini, sebagai lokasi Konsert Search Rockin’ On Rooftop yang akan berlangsung Sabtu ini ternyata membuka mata banyak pihak terhadap kewujudan pusat beli-belah antara yang tertua negara itu.

Tidak ramai tahu pusat beli-belah yang dibuka pada 1973 itu begitu sinonim dengan golongan ‘rockers’ pada era 1980-an dulu kerana menempatkan kedai barangan kulit, pakaian yang sinonim dengan imej rock dan kedai-kedai kaset

Langkah penganjur, Search Rock Station memilih lokasi ini tepat pada masanya kerana pemilik bangunan iaitu Shapadu sendiri merancang untuk menjadikan kompleks terbabit sebagai pusat sehenti untuk aktiviti seni.

Ketua Pegawai Operasinya, Zarimah Mohamed berkata, pihaknya memang mencari keunikan sendiri berkenaan tempat ini.

“Kami kaji balik apa yang orang tahu mengenai Kompleks Campbell dan dapat tahu tempat ini dulu tempat lepak ”rockers’ dan kedai jual barang ‘vintage’. Jadi kami nak bantu hidupkan Kompleks Campbell semula. Pihak pengurusan sendiri dah setuju dengan cadangan dasar ini dan sudah sediakan platform untuk aktiviti ini.

“Shapadu ambil alih bangunan ini pada 2011 dan pada hujung 2019 dapat kelulusan daripada pengurusan jadikan sebagai pusat aktiviti bukan saja rock tapi lain-lain tak kira semua berkaitan seni,” katanya.

Menurutnya, konsert Search Rockin’ On Rooftop adalah antara perkara yang terbesar dilakukan di situ dan mereka bersedia memberikan sokongan sepenuhnya dari segi fasiliti dan keselamatan.

 

Zarimah Mohamed (kanan) dan pemilik kedai Search Rock Station, Mozylir Mokhtaruddin berganbar ditempat letak kereta yang bakal dijadikan tempat konsert Search di Hotel Grand Campbell. FOTO AZIAH AZMEE

 

“Konsert ini sebagai pembuka jalan. Apabila orang dah kenal mungkin ada orang lain akan buat konsert selepas ini. Untuk semarakkan suasana, kami juga buat aktiviti sampingan seperti Battle of The Bands (BoTB).

“Mungkin dua tiga hari sebelum itu ada peminat Search dari luar akan datang sini. Apabila ada aktiviti, mereka tak akan keluar.

“Final BoTB memerlukan peserta menyanyikan lagu-lagu Search. Mereka yang nak masuk kena beli tiket. Harap konsert ini berjaya dan sekaligus perkenalkan Kompleks Campbell kepada orang ramai,” katanya yang berterima kasih dan berbesar hati Search Rock Station memilih lokasi ini.

Sementara itu, Mozylir Mokhtarudin yang mewakili Search Rock Station berkata, selain mengeluarkan barangan cendera hati Search yang dijual di pusat beli-belah itu, mereka juga menguruskan aktiviti persembahan dan apa sahaja aktiviti Search.

“Konsert ini anjuran Search Rock Station. Apa yang berlaku pada 11 Jun adalah dari Search sendiri. Noordin dan Kid gunakan pengalaman lebih 41 tahun dalam industri muzik untuk buat konsert ini.

“Kos RM500,000 untuk kami sebagai orang baru sangat mencabar. Sebanyak 90 peratus persiapan kami buat sendiri. Mungkin 10 ke 20 peratus kos pihak Shapadu banyak bantu.

“Sesetengah kos pun mereka mungkin bagi diskaun. Sedikit sebanyak mereka juga bantu. Malah kami anggap mereka rakan kerjasama untuk konsert. Noordin pernah kata pada saya, selepas ini kami akan lebarkan langkah anjur konsert artis lain di sini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat