Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan

- Advertisement -

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan penyandang kerusi parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, bakal dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata secara tradisi kerusi parlimen tersebut sememangnya kerusi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui gabungan GPS.

“Kita belum tentukan lagi siapa calon di kawasan Igan, tetapi saya beri bayangan bahawa dia (Ahmad Johnie) masih muda, baru satu penggal.

“Kita lihat dia juga masih kuat (mungkin) dia sahaja la,” katanya selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu pada Rabu.

Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi menewaskan calon dari PKR Andri Zulkarnaen Hamden pada PRU14.

GPS merupakan gabungan yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dan di peringkat parlimen, ia memiliki 18 kerusi.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat