Kecam kerajaan tapi takut PRU-15 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak pembangkang yang didakwanya khuatir dengan desakannya menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kata beliau, pembangkang mahu ‘membeli masa’ untuk mendapatkan ruang mencukupi membohongi dan menipu rakyat sekali lagi.

“Dulu pembangkang beri alasan Covid-19 oleh itu PRU-15 tidak boleh diadakan, kini alasan inflasi pula.

“Alasan demi alasan pembangkang sebenarnya mendedahkan kekhuatiran sebenar mereka.

“Kekhuatiran untuk berdepan penentuan rakyat yang pernah mereka perdaya demi mendapat kuasa,” bidas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam kenyataannya pada Khamis.

Sedangkan Zahid menegaskan, PRU-15 langkah paling demokratik untuk rakyat mendapatkan semula sebuah kerajaan yang kukuh.

Menurut beliau, dengan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh pasti usaha-usaha membantu rakyat akan lebih efektif

“Yang labelkan kerajaan campuran hari ini sebagai kerajaan cap ayam adalah pembangkang.

“Yang kuat mengambil kesempatan menghentam dasar kerajaan sejak kebelakangan ini pembangkang.

“Sehinggakan keputusan melarang eksport ayam bagi mencukupi keperluan rakyat turut dikecam,” ujarnya.

Tambah beliau, lagi pun memang itu yang dipersetujui iaitu kerajaan campuran hanyalah sementara sehingga PRU-15.

“Cuma untuk kesinambungan pentadbiran negara apabila kerajaan 22 bulan tumbang dengan sendirinya.

“Saksikan juga menteri berkaitan makanan, komoditi dan ekonomi kerajaan sedia ada dari parti mana? Soal Zahid.

Tetapi kata Zahid, apabila disaran PRU-15 agar rakyat diberi mandat memilih sebuah kerajaan baharu pembangkang marah.

“Mereka membentak dan tuduh yang menyarankan PRU-15 tidak peduli dengan nasib rakyat B40 pula.

“Tidak pernah sesekali diri ini melupakan golongan memerlukan sepanjang melangkahi kehidupan ini.

“Segala bantuan diberi perlukah dihebahkan sedangkan yang dicari adalah keredaan dan keberkatan Ilahi. Tangan kanan memberi, sebaiknya tangan kiri tidak perlu tahu, atau ianya tidak boleh dipakai lagi di zaman sekarang ini,” tegas Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Harus diingat jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini dilaporkan melebar pada 2019, kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat