Video pertama Johnny Depp raih 6.9 juta pengikut TikTok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Apa sahaja dilakukan bintang Hollywood terkemuka, Johnny Depp, 58, pastinya mendapat perhatian.

Selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, bintang Pirates Of The Caribbean itu bagaikan wira yang kembali disanjung.

Selepas mewujudkan akaun Instagram (IG) di bawah nama @johnnydepp, aktor kelahiran Owensboro, Kentucky, Amerika Syarikat itu melancarkan akaun TikTok dengan nama sama.

Video pertama dimuat naik memaparkan momen Depp melambai tangan kepada peminat ketika persidangan kes perbicaraan Depp melawan Heard diadakan di Fairfax County, Virginia, bermain gitar dan menggunakan mesin taip yang diikuti 6.9 juta pengikut dalam tempoh 18 jam.

Ia sesuatu yang tidak menghairankan, apatah lagi, sohor kini menerusi platform media sosial dengan ramai peminat mengungkap semula entri mengenai bintang handalan itu sebagai tanda sokongan.

Sebelum Depp memuat naik video pertama dalam TikTok, akaunnya sudah mengumpul hampir 4 juta pengikut.

Depp turut mengungkap semula video TikTok berkenaan ke akaun IG miliknya yang mempunyai 24.8 juta pengikut, selain Facebook (Fanpage) dengan 14 juta pengikut.

 

Depp muat naik momen melambai tangan kepada peminat ketika kes perbicaraannya melawan bekas isteri dalam video pertama TikTok. – Foto IG Johnny Depp

 

Di bawah video dimuat naik itu, Depp mengungkapkan coretan bermakna bagi menghargai peminat.

“Kita pergi ke mana-mana, melihat bermacam-macam bersama.

“Kita menelusuri jalan yang sama. Kita sudah membuat perkara betul bersama, semuanya kerana anda sangat mengambil berat,” tulisnya.

Depp menambah, dia berharap dapat bergerak ke hadapan bersama peminat.

“Anda seperti majikan saya. Sekali lagi, saya tiada pilihan lain selain mengucapkan terima kasih kepada anda.

“Cinta dan hormat saya untuk anda,” tulisnya lagi.

Terdahulu, enam minggu perbicaraan kes saman fitnah antara Depp terhadap Heard, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Virginia, Amerika Syarikat, memutuskan aktor terkenal itu perlu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta) dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat