Sentuhan pertama Hairul

- Advertisement -

KEJAYAAN filem Paskal dan Wira nyata menjadi penanda aras yang tinggi pada bakat lakonan Hairul Azreen, 33. Apatah lagi, namanya yang semakin menjadi pilihan penerbit.

Bahkan, ramai pengarah sedia bekerjasama dengan Hairul dalam filem aksi mereka. Pun begitu, siapa sangka Hairul kini turut bergelar ‘sutradara’ filem.

Menghasilkan karya bergenre seram, tidak lama lagi filem Ada Hantu arahan sulung Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris akan ditayangkan di platform Disney+Hotstar.

Tampil pada sesi Sembang Bersama Disney+Hotstar secara virtual, Hairul turut berkongsi serba sedikit mengenai filem Ada Hantu berkenaan. Katanya, dia tidak sangka karya itu menjadi projek filem.

“Pada awalnya, saya fikir dapat menghasilkan Ada Hantu untuk tayangan supertelefilem pun dah okay. Ini kerana, saya nak melihat bagaimana maklum balas penonton.

“Namun, tak sangka pula dapat peluang daripada Disney+Hotstar untuk menayangkan karya Ada Hantu secara ekslusif di platform mereka. Jadi, saya anggap ini rezeki yang tak di duga dan wajar diterima,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai filem Ada Hantu itu, bapa dua anak ini berkata dia berasa gementar untuk menantikan reaksi penonton. Ujarnya, semoga maklum balas diterima nanti positif.

“Apapun, sebenarnya hasrat menghasilkan filem ini bermula dengan borak kosong saya bersama penerbit, Adrian Teh. Saya suarakan padanya idea sebuah cerita seram.

“Adrian nampak berminat, tapi dia pula agak sibuk. Jadi, dia mencadangkan supaya saya saja yang mengarahkan karya ini. Ditambah, saya juga lebih tahu mengenai jalan cerita yang nak disampaikan pada penonton.

 

PADAT elemen kejutan, Hairul akui filem Ada Hantu bawa kelainan.
PADAT elemen kejutan, Hairul akui filem Ada Hantu bawa kelainan.

“Dengan kepercayaan diberi dan saya juga yakin boleh mengarah, jadi lebih baik mencuba. Malah, saya juga sedar masih memerlukan banyak tunjuk ajar. Jadi, ini satu cabaran buat saya,” katanya.

Menurut Hairul lagi, banyak perkara yang dia mula nampak sebagai pengarah apabila menghasilkan filem sendiri. Katanya, apapun ia pengalaman yang sangat berguna.

“Kini, saya mohon penonton menyaksikan dahulu filem ini bila ditayangkan nanti. Jujur saya katakan banyak elemen kejutan yang tak disangka akan anda ketahui selepas menontonnya.

“Penonton memang kena tengok sendiri apa yang mahu saya sampaikan dalam penceritaan filem ini. Ia bukan karya seram yang jalan ceritanya mungkin sudah biasa kita tengok,” katanya.

Sehubungan itu, filem Ada Hantu menampilkan barisan pelakon seperti Hairul sendiri, selain Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Apa yang pasti lagi, di sebalik keterujaan Hairul mananti tayangan Ada Hantu, filem ini juga sudah tular di media sosial apabila netizen membahaskan mengenai rekaan posternya yang dianggap kurang menarik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat