Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Ditangguhkan Selama Tiga Bulan – Dr Noraini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan selama tiga bulan untuk mereka yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, peminjam PTPTN boleh mengemukakan permohonan tangguh bayaran menerusi portal rasmi PTPTN mulai Khamis ini hingga 31 Ogos depan.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan.

“Butiran berkenaan pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN,” katanya, menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Noraini, keputusan membenarkan penagguhan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Diharapkan dengan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN,” katanya.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat