Zahidi Bidas Kadir Jasin – Bersatu Pecah, Umno Juga Salah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin membidas Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkenaan tulisannya berunsurkan tuduhan yang tidak berasaskan fakta dan catatan sejarah yang berlaku beberapa bulan lalu.

“Kerajaan ini ditubuhkan setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Menurut sebahagian besar laporan media, catatan blog, media sosial dan kebocoran rakaman mesyuarat Bersatu, ia menunjukkan usaha menjatuhkan kerajaan sebelum ini bermula dari dalam rangkaian Dr Mahathir sendiri.

“Malah semua orang masih ingat bahawa Dr Mahathir sendiri selepas meletak jawatan telah berjumpa banyak pemimpin parti untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang tidak lagi membawa simbol Pakatan Harapan,” katanya.

Tambah Zahidi, tindakan Kadir yang menyalahkan Umno akibat perpecahan yang berlaku dalam Bersatu juga bertentangan dengan logik akal.

Kadir sebelum ini mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi talian hayat kepada Umno yang didakwanya hampir terkubur, namun diselamatkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menjadi ancaman sendiri kepada parti Muhyiddin.

Zahidi turut mengingatkan Kadir, yang juga merupakan penyokong tegar Mahathir supaya sedar akan sokongan lebih lima juta rakyat Malaysia terhadap gabungan Barisan Nasional – PAS, berbanding hanya 4 juta sokongan terhadap Pakatan Harapan.

“Sejak pertengahan tahun 2019, kebanyakan penganalisis politik berpendapat BN-PAS akan memerintah negara menjelang PRU-15.

“Ini berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan sentimen masyarakat Bumiputera.

“Malah dalam PRK Parlimen Kimanis lalu, calon BN menang mengalahkan PH dengan majoriti lebih besar,” tambahnya.

Justeru, menyatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional ini sebagai talian hayat kepada UMNO dan PAS adalah sebuah tuduhan mengikut emosi semata-mata, tegas Zahidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat