PRU15: Bawa Khir Toyo, Mat Taib Dan Khalid Ibrahim Untuk Tawan Selangor

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Negeri Selangor dilihat sebagai kayu pengukur kepada Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) dalam pilihanraya umum ke 15 kelak.

Menurut Naib Ketua Umno Bahagian Sepang, Anuar Basiran sekiranya BN dan MN mampu menawan kembali negeri paling kaya itu, gelombang tersebut mampu memberikan impak terhadap negeri lain yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).

“Tidak keterlaluan jika disimpulkan bahawa Selangor adalah negeri maju dan menjadi kayu ukur untuk negeri lain. Jika Selangor melaluinya maka ia akan turut berlaku di negeri lain.

“Pada 2008 BN hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Menjelang 2018 lebih banyak negeri jatuh kepada PH.

“Dalam konteks UMNO Selangor ia perlu mencari formula memenangi hati pengundi bukan Melayu dan tidak hanya fokus kepada kerusi selamat yang mempunyai majoriti pengundi Melayu-Islam sahaja,” ujarnya melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Anuar lagi, Dr Dr Mohamad Khir Toyo wajar dipertimbangkan sebagai koordinator BN Selangor bagi menarik sokongan bukan Melayu.

“Ada cakap-cakap yang mencadangkan supaya Pengerusi BN Selangor tak semestinya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, maka tugasan adalah spesifik dan fokus.

“Ada yang menyebut nama Dr Mohamad Khir Toyo antara nama yang perlu dipertimbangkan untuk memegang jawatan Pengerusi BN ini atau sekurang-kurangnya koordinator BN Selangor,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengharapkan satu pendekatan baharu digunakan bagi menarik kembali sokongan dan minat pengundi.

“Pada hemat saya bukan sahaja Dr Khir Toyo, malah nama seperti Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga perlu dibawa bersama untuk membantu BN dan Muafakat Nasional.

“Apa jua perdebatannya UMNO Selangor perlu berubah dan tidak boleh terperangkap dalam strategi lama dan adalah kegilaan jika kita masih melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza,” tegasnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat