‘Terpulanglah nak cakap apa’ – Hans Isaac

- Advertisement -

“ITU hak netizen nak bercakap,” kata bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac mengenai status yang dimuat naik di Instagram, kelmarin.

Status ditulis ‘kesilapan lama ulang lagi!’ itu mendapat perhatian netizen yang turut mengaitkan nama Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham yang dilantik semula memegang jawatan itu pada 6 Jun lalu.

Hans ketika dihubungi berkata, apa yang dimuat naik itu berdasarkan situasi semasa yang berlaku.

“Terpulang kepada mereka nak cakap apa dan menyebut nama siapa. Status saya itu hanya komen berdasarkan situasi semasa. Lagipun, saya tak baca pun komen mereka. Mungkin selepas ini baru saya nak baca. Dalam masa sama, ini akaun media sosial peribadi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hans, dia juga tidak akan memberi maklum balas mengenai nama pihak lain yang tertera di ruangan komen Instagram itu.

“Bagi saya, saya takkan respons mengatakan ia ditujukan pada nama sesiapa. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kalau nak baca luahan hati saya mengenai industri kreatif negara, boleh baca di akaun Facebook rasmi saya,” katanya.

Hans ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 23 Mei lalu selepas 13 bulan berada di agensi terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat