COVID-19: Samsung lancar telefon pintar menerusi dalam talian

- Advertisement -

SEOUL, 9 Jun — Samsung Electronics Co pada Selasa berkata syarikat sedang mempertimbangkan untuk melancarkan telefon pintar, termasuk siri Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2, menerusi dalam talian pada Ogos.

Agensi berita Yonhap melaporkan acara itu dijadual berlangsung pada 5 Ogos menerusi dalam talian berikutan penularan wabak COVID-19.

Kebiasaannya gergasi teknologi telefon pintar itu mengadakan acara pelancaran di New York pada setiap tahun.

Siri Samsung Galaxy Note 20 mempunyai dua model – Galaxy Note 20 dan Galaxy Note 20 Ultra – menurut beberapa laporan media.

Sementara itu, Galaxy Fold 2 dijangka menggantikan telefon Samsung Galaxy Fold yang dilancarkan tahun lalu.

Pada acara itu, beberapa peranti lain juga akan dilancarkan – tablet Galaxy Tab S7 dan Galaxy Watch 2.

Sebelum ini, LG Electronics Inc turut melancarkan model telefon pintarnya LG Velvet  secara dalam talian.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat