Musa Aman Dilepaskan Kerana Ikrar Ghani Patail

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Idrus Harun memaklumkan bahawa afidavit yang diikrarkan oleh bekas peguam negara, Abdul Gani Patail antara sebab pertuduhan terhadap bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditarik balik.

Menurut Idrus, pada 13 Mei lalu, Musa mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk memohon agar kes pendakwaan terhadapnya ditarik balik.

Seterusnya, pada 5 Jun, Jabatan Peguam Negara telah menerima satu afidavit yang telah difailkan oleh bekas ketua menteri Sabah itu.

Tambah Idrus, Gani Patail juga mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada tahun 2012 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan (NFA) terhadap Musa berikutan siasatan mendapati wang yang terlibat adalah dana politik.

“Mantan peguam negara juga menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu, bekas ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Abu Kassim Mohammad (bekas ketua pesuruhjaya SPRM), dan Mustafar Ali (bekas pengarah siasatan SPRM).

“Setelah kertas siasatan dikaji dan diteliti daripada sudut perundangan, mantan peguam negara menggunakan budi bicara beliau dan memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan pendakwaan,” katanya.

Menurut Idrus, setelah meneliti semua keterangan yang ada dan melalui perbincangan dengan pasukan pendakwaan dan siasatan kes tersebut, beliau memutuskan untuk menarik balik kesemua pertuduhan terhadap Musa .

“Dalam kes-kes seperti ini, keterangan dokumentar adalah amat diperlukan bagi tujuan pembuktian kes.

“Keterangan dokumentar syarikat dan perbankan yang dijangka didapati tidak dapat diperolehi secara permohonan bantuan bersama dalam perkara jenayah (Mutual Legal Assistance) dari Hong Kong.

“Selain itu, terdapat saksi-saksi utama bagi pihak pendakwaan yang meninggal dunia, mengalami masalah kesihatan yang serius atau tidak lagi berada di Malaysia.

“Perkembangan terbaru ini – termasuk afidavit sokongan yang telah difailkan – menyebabkan keadaan yang tidak mewajarkan pertuduhan diteruskan terhadap Musa,” katanya.

“Keputusan yang dibuat ini adalah menurut kuasa yang boleh djalankan menurut budi bicara saya seperti yang termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat