Spectrum 5G, Peluang Kerajaan Turun Harga Internet

- Advertisement -

Tindakan YB Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengarahkan pembatalan dan penentuan penggunaan spektrum di dalam jalur frekuensi 700MHz, 900MHz dan 2600MHz atau spektrum 5G susulan isu teknikal, undang-undang serta perlunya mengikut proses yang telus adalah langkah yang baik. Di mana sebelum ini, ianya antara punca kadar harga internet menjadi mahal kerana telah menjadi beban kepada syarikat operator membangunkan infrastruktur. Seperti di India, Spektrum 5G ini adalah satu ‘komoditi’ yang sangat digilakan oleh syarikat – syarikat telekomunikasi. *

1. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di sini, rakyat khususnya pengguna telefon pintar hanya bergantung harap kepada kemudahan akses internet bagi mengikuti perkembangan semasa pandemik Covid-19 serta pelbagai perkara-perkara melalui medium sosial media dan sebagainya.

2. Pentingnya internet tidak terhad kepada isi rumah saja namun bagi sesetengah orang, internet ini umpama keperluan kedua selain makanan yang perlukan sepanjangan tempoh PKP. Bagi memastikan produktiviti dan syarikat-syarikat swasta terus beroperasi secara berterusan, inisiatif bekerja dari rumah ‘Work From Home (WFH)’ dan pembelajaran secara dalam talian dilihat sebagai satu amalan yang baik dan menang-menang kepada kedua-dua pihak.

3. Tidak dapat dinafikan keperluan internet ini telah menjadi norma baru yang penting bagi kehidupan rakyat Malaysia dan dunia umumnya. Melihat kepada perkara ini, saya berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula harga serta kelajuan internet di negara ini di samping mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur komunikasi di negara ini supaya kita dapat terus mengamalkan dasar atas talian (online) dalam perkembangan pelbagai sektor seperti perkhidmatan sektor telekomunikasi, penyiaran, sains dan teknologi, kesihatan, maritim dan sebagainya.

4. Tindakan YB Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengarahkan pembatalan dan penentuan penggunaan spektrum di dalam jalur frekuensi 700MHz, 900MHz dan 2600MHz atau spektrum 5G susulan isu teknikal, undang-undang serta perlunya mengikut proses yang telus adalah langkah yang baik. Di mana sebelum ini, ianya antara punca kadar harga internet menjadi mahal kerana telah menjadi beban kepada syarikat operator membangunkan infrastruktur. Seperti di India, Spektrum 5G ini adalah satu ‘komoditi’ yang sangat digilakan oleh syarikat – syarikat telekomunikasi.

5. Memandangkan kerajaan belum lagi menganugerahkan Spektrum 5G kepada mana – mana syarikat telekomunikasi, saya ingin mencadangkan beberapa perkara iaitu ;

a. Harga internet harus dikurangkan dan ini menjadi syarat utama kepada penganugerahan Spektrum 5G kepada syarikat – syarikat telekomunikasi yang layak.

b. Tiada kos tambahan dikenakan kepada pengguna jika infrastruktur 5G ini harus ditambahbaik atau dipertingkatkan. Maksudnya di sini tiada cost transfer dari syarikat telekomunikasi kepada pengguna

c. Spektrum 5G ini harus diberikan kepada syarikat Government Link Company (GLC) dan mereka (GLC) boleh menyewakan spektrum 5G kepada syarikat telekomunikasi bukan milik kerajaan. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keuntungan syarikat GLC dan dalam masa yang sama dapat ‘berkongsi’ dividen yang tinggi kepada kerajaan

6. Diharapkan agar syarikat – syarikat telekomunikasi sedia ada di Malaysia peka akan harga serta kelajuan internet yang mereka tawarkan. Mengikut statistik semasa, harga internet di Malaysia antara yang tertinggi di Asia dengan kelajuan yang rendah. Perkara ini harus diperbetulkan dan diperbaiki dengan segera demi kebaikan rakyat.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat