Norma Baru Hari Ini, Lebih Kepada Ekonomi – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Norma baru kehidupan yang banyak diperkatakan sekarang ini kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, banyak berkaitan dengan sektor ekonomi.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata, “Penerokaan peluang baharu, sumber tenaga berkemahiran dan berteknologi khususnya dalam e-dagang adalah norma baharu sektor ekonomi dan ia adalah keperluan bukan lagi pilihan.

Zahid mahu rakyat tidak ketinggalan dalam penerokaan baharu ini.

Kenyataan Zahid ini mungkin ada kaitan dengan kadar penggunaan e-dagang yang masih rendah di kalangan peniaga dan pengguna di negara ini walaupun ia terbukti efektif dan berkesan terutama kita dunia di landa wabak seperti sekarang.

Antara komponen e-dagang ialah penggunaan sistem dalam talian untuk tujuan pembelian dan pembayaran.

Realitinya, masih ramai peniaga terutama peniaga kecil yang tidak mengamalkan sistem pembayaran secara elektronik sedangkan kemudahan yang ditawarkan begitu banyak.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat