Feby Putri menjadi pilihan peminat Malaysia setelah muncul kali ke dua di Kuala Lumpur

- Advertisement -

Kali pertama muncul di Malaysia pada Mac 2023 melalui konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur, momen tersebut juga merupakan kali pertama penyanyi dengan nama Feby Putri itu terbang keluar dari negara kelahirannya, Indonesia.

Tidak menyangka diberikan peluang untuk membuat konsert perdana di luar negara, sambutan terhadap konsert yang dibawakan oleh Miebird Projects pada tahun lalu sangat memberangsangkan. Malah konsert itu sold out!

Melihat sambutan hangat yang diberikan kepada penyanyi dengan nama sebenarnya Feby Putri Nilam Cahyani, pihak Miebird Projects secara esklusif sekali lagi membawakan Feby dan kali ini dengan judul KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR.

Dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 27 Julai 2024, di Zepp Kuala Lumpur, konsert kedua Feby Putri itu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

“Selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh para peminat terhadap Feby Putri tahun lalu, pihak Miebird Projects rasa terpanggil untuk menyatukan semula Feby dan para peminat di sini melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR. Semoga dengan kembalinya Feby ke Kuala Lumpur dapat menyembuhkan rasa rindu peminat terhadap penyanyi kesayangan ramai tersebut,“ ujar Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

Popular menerusi lagu Halu, Feby sebelum ini berkongsi cerita dengan media di Malaysia yang dia sanggup merantau ke kota besar Jakarta pada usia 18 tahun untuk mengejar impiannya  bergelar anak seni. Katanya, hasrat itu awalnya ditentang orang tua.

“Saya ke Jakarta bersama abang saya. Kami sama-sama memang meminati bidang seni namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana berasa risau. Namun saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.

“Ketika itu saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil ‘cover’ lagu-lagu  orang lain di laman YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya pada 2021, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri,”ceritanya tentang perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu.Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu malah para pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur melalui KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pula, “ ujar Feby teruja untuk muncul untuk konsert keduanya kali ini.

Tiket-tiket berharga RM135 – HALU (berdiri- zon belakang), RM175 – Diri (berdiri – zon hadapan), RM195 – USIK (Duduk-Biasa), RM255 – RUNTUH (Duduk-Premium), RM335 – Per pax (VIP BOX) mulai dijual pada 20 April 2024, dilaman web rasmi agen tiket www.ilassotickets.com

Jangan lepaskan peluang “healing” bersama sama Feby Putri dengan lagu-lagu seperti Halu, Usik, Diri, Runtuh, Liar Angin, Detik,Menit, Jam dan deretan lagu hits didalam KONSERT FEBY PUTRI Vol.2, DETIK. MENIT. JAM. KUALA LUMPUR pada 27 Julai ini, jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur!

 

INFORMASI

TAJUK: FEBY PUTRI. Vol.2

             “DETIK. MENIT. JAM” KUALA LUMPUR

  • 27 JULAI 2024 – SABTU
  • 8:30 malam
  • ZEPP KUALA LUMPUR

TIKET
RM 135.00 – HALU -(Berdiri – Zon Belakang )
RM 175.00 – DIRI (Berdiri – Zon Hadapan)
RM 195.00 – USIK – (Duduk – Biase)
RM 255.00 – RUNTUH  – (Duduk – Premium)
RM 335.00 -Per Pax – VIP BOX (Meet & Greet+ Tshirt+ Poster)
RM 155.00 – MEET & GREET (Pass Istimewa + Poster)

(Harga tiket tidak termasuk 3% caj perbankan atas talian)

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat